08 June 2014

Tenggelam dan Timbul

Jika masih ada lagi yang membaca blog ini,
terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Pelbagai cabaran dan dugaan hidup perlu
ditempuhi, tidak kira samada kita bersedia
atau tidak. Samada kita rela atau tidak.

Jika kita merancang. Allah juga merancang.
Dan Dialah sebaik-baik perancang.
Bersyukur dengan ketetapan, redha dengan
ketentuan maka pasti beroleh keberkatan
dan keredhaan.

Ialah, senang menulis. Namun untuk
melaksanakannya memerlukan suatu tenaga
dan keazaman yang sangat, sangat tinggi.

Andai ditolak angin sepoi-sepoi bahasa
sudah rebah. Andai menangis digigit.
Aturkan semula pulanglah kepangkal jalan
dan muhasabahlah..

Baca Lagi>>>

22 April 2013

Doa dan Amalan Meluaskan Rezeki

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Dah lama betul tak update blog ni.

Terima kasih ye pada yang masih sudi tengok-tengok, tertengok, tertekan ke blog ni.
Terima kasih.

Untuk kali ni, nak update tentang DOA dan AMALAN untuk keluasan dan kemurahan rezeki.
DOA SOLAT SUNAT DHUHA

Baca Lagi>>>

22 October 2012

Aku Berserah...!

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera!

Lama tidak menjengah rumah maya ni. Banyak perkara yang perlu diurus dan diselesaikan. Hanya dapat menyerahkan segala Tuhan Yang Maha Mengatur dan Yang Maha Bijaksana.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ada tak yang percaya dengan.....

The Power of Believe? atau 
The Power of Dream? atau 
The Power of Zakat/Sedekah? atau 
The Power of Solat? atau 
The Power of Doa? atau 
The Power of Dhuha? 

Percaya atau tidak, mesti kena percaya! :) 

Tapi percaya saja tak cukup tanpa 100% keyakinan kepada DIA Yang Maha Satu! 
 Jom... jom practice sama-sama. Nak?

Baca Lagi>>>

10 September 2012

Menyambut Ketenangan

Dengan nama Mu Ya Rab Al-Jalil, tiada Tuhan melainkan Engkau. Selayaknya Engkau disembah. Wahai Penentu yang mentadbir sekalian alam. Engkau yang Maha Satu. 
Kesilapan dan kelalaian hamba MU melalui jalan yang berliku Penuh kotor. Engkau tetap menanti dengan penuh Rahmat Mu serta Keampunan Mu tidak bosan menanti taubatnya.

Baca Lagi>>>

22 May 2012

....Rahsia Kismis?

Dengan Nama Mu Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih, Engkaulah Yang Maha Penyayang...

Kismis, kismis, kismis. Apa yang kita tau tentang kismis? Oklah sebenarnya saya ada projek baru. Dan ia berkaitan dengan kismis. Subhaanallah. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pencipta dan sebaik-baik Pencipta!
Jom! Kita ambil iktibar dari Surah Al-Nahl;Ayat 11
"Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir"
Kismis ni bukan buah semulajadi. Kismis terjadi hasil dari penyahidrat atau pengeringan dari buah anggur. Tak kira kering dari kerana matahari atau pun proses yang menggunakan teknologi. Apa ek yang ada dalam kismis ni?

Tahukah anda Kismis mempunyai;

- Kandungan Glucose yang tinggi. Glucose merupakan gula ringkas yang diserap oleh tubuh badan kita. Bila kita makan kismis, ia dapat memberi tenaga segera hasil dari glucose tadi. Dan fungsi glucose ini ia dapat memberi tenaga bila kita rasa lesu atau mengantuk. So bagi student, dari makan gula-gula, lebih baik ambik kismis.

- Sumber nutrisi Zat besi. Zat besi ni berfungsi membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh. Bila perjalanan darah bersama oksigen lancar. Kita akan lebih segar, daya tumpuan dan kosentrasi jugak akan meningkat. Hebatkan ciptaan DIA?
- Sumber Inulin. Inulin ni berfungsi merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus kita. Kalau nak usus yang sihat selain amalkan yogurt, apa kata amalkan sekali memakan kismis. InsyaAllah.

- Anti-Oxida. Walaupun kandungannya tidak banyak, tetapi dengan pengambilan yang kerap akan meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Ini keranan anti-oxida berperanan memberi perlindungan kepada tubuh dari tekanan yang berkait dengan pelbagai jenis penyakit.

- Resveratrol. Sejenis nutrisi yang biasa terdapat dalam buah-buahan. Fungsinya adalah untuk melambatkan pra-lemak daripada menjadi lemak matang (lemak tepu). Wow! bagi yang nak kekal langsing, kismis juga boleh difikirkan untuk dijadikan santapan!

- Phytochemical. Sejenis bahan yang menyekat pembiakan bakteria dalam mulut. Tapi tiada kajian lanjut sejauh mana kandungan bahan ini dalam kismis dapat bertindak balas.

- Boron. Sumber yang membekalkan nutrisi kepada pertumbuhan tulang. Sangat sesuai untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Dan mereka yang mengalami tulang rapuh!

SO. itu rahsianya... Jom amalkan!

Baca Lagi>>>

18 May 2012

5 Rahsia Kejayaan: Rahsia #5

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Terima kasih kepada DIA yang MAHA KAYA, MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG. Dah lama rasanya tidak menulis akibat daripada tuntutan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Saat ini, saya duduk dan meluangkan sedikit masa, bermuhasabah atas segala-gala yang diberikan DIA. Ok :) Rahsia terakhir untuk berjaya. RAHSIA PALING UTAMA, PALING PENTING. Perlu sentiasa mendekatkan diri pada DIA yang MAHA AGUNG!
Inilah rahsia yang paling penting. Macam mana cara nak dekatkan diri padaNYA. Kenalah tanya ustaz-ustaz yang ada diluar sana. Tetapi perlu berhati-hati, mendekatkan diri padaNYA bukan sekadar untuk mencapai hajat kita sahaja, tetapi ianya perlu lebih pada itu. Lebih ikhlas. Dengan mengakui kedudukan kita dihadapanNYA. Bermunajat mencari keredhaanNYA adalah lebih penting.

Kadang-kadang apa yang terjadi situasi, dimana, kita akan memndekati si DIA yang MAHA AGUNG. Meminta, memohon dan merayu. Tetapi, bila kita dapat apa yang dihajati, kita memalingkan diri. Menjauhkan diri dari DIA YANG MAHA PENGASIH. 

So, jom sama-sama kita amalkan 5 Rahsia ini. Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.... Amin.. Wassalam....

Baca Lagi>>>

06 July 2011

5 Rahsia Kejayaan: Rahsia #4

Setelah beberapa bulan tak menulis akibat pelbagai urusan yang tak dapat dielakan. Entry ni kita terus sambung ke Rahsia Kejayaan yang ke-4 iaitu BERUSAHA dan BERUSAHA sehingga berjaya.

Selagi tidak berjaya, elakan berputus asa. Kerana kejayaan itu adalah milik kita. Cumanya, masa ia belum lagi tiba!Kejayaan tak datang secara tiba-tiba. Jika kita tanya mereka yang telah berjaya, meneroka kisah mereka, kejayaan yang telah mereka kecapi biasanya dilalui dengan penuh tangisan, penat lelah serta pahit getir yang sangat dasyat. Tetapi mereka tetap berjaya kerana mereka tidak pernah dan tidak akan pernah sesekali berhenti berusaha.

Kejayaan akan kita kecapi selagi kita terus berusaha ntuk mencapainya. Diibarat suatu perjalanan,anda dari Johor ingin ke Kuala Lumpur. Jika anda tidak berusaha untuk memandu, menaiki bas atau sebagainya, hatta berjalan kaki sekalipun adakah anda akan sampai ke Kuala Lumpur? Sudah tentu tidak!

Jadi, berusahalah sehingga anda berjaya!

Baca Lagi>>>